Translate

Friday, 22 April 2016

Halluuuu!!!


Bertemu lagi kita di blog GreenSateen yang ku rindui ini :)

Salam Jumaat yang penuh berkat. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan Rahmat yang Maha Esa. Aamiin...


Hari ini 22 April 2016. Genaplah usia Muhammad Azfar Rizqi; 1 tahun 2 hari. Sepanjang 12 bulan membesarkannya aku telah diuji dengan bermacam2 ujian. Dalam tempoh itu, baby Azfar yang comel dan sihat ini telah dimasukkan ke hospital sebanyak 2 kali. Apapun, kini baby telah kembali sihat, hensom dan cergas mengalahkan kakak Miminya :)
AKu doakan semoga baby sentiasa cergas, cerdas dan menjadi anak soleh yang berbakti kepada kedua ibubapa, family serta masyarakat diluar sana... InsyaAllah aamiin...

Jom kita lihat picture collage baby Azfar yang comel hensom kesayangan hamba ini...(hahahaha memuji anak sendiri...jgn marah ah... )...heheheh taraaaa.... haaaa...tengok tu kami makan besar sempena merayakan hari ulangtahun baby Azfar... ehhhh, macam kami pula yang berlebih... Azfar rilek ja pun...hahahahaha







Melihat baby secomel Azfar sudah cukup membuat naluri keibuan ku semakin menebal. kalau diikutkan hati, mau ja ku bersalin seramai yang boleh. hahahahahaha... Tapi apakan daya, mempunyai anak bukan sekadar untuk suka2 kan? ada tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul. Setiap anak ada rezeki yang dicatatkan buat mereka. Namun, sebagai ibubapa menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan keperluan yang mencukupi buat mereka. Mempunyai enam (6) orang anak sesuatu kurniaan yang sangat hebat yang pernah ku rasakan. Alhamdulillah syukur ku panjatkan kepada Allah yang Maha Esa kerana memberi aku peluang merasa perit jerih (tetapi tetap indah) melahirkan keenam2 anakku. Alhamdulillah kesemuanya ku lahirkan secara normal. Walaupun ketika melahirkan anak ke 5 (Syamimi) dalam keadaan songsang (kaki baby keluar dulu), aku tetap bersyukur kerana aku masih dapat melahirkannya secara normal. Allahuakbar!!! Semoga anak2ku akan menjadi anak2 yang soleh & solehah yang akan dapat memberi syafaat kepada ku & suami diakhir waktu kelak...InsyaAllah...aamiin...

Dengan adanya Azfar, keluarga kami semakin berkembang dan berkembang. Bermacam2 terbayang dalam fikiranku sekarang. Bagai manalah nanti jika kesemua mereka sudah memiliki keluarga masing2? wahhhhh meriahhh bukan... apatah lagi dengan kehadiran cucu2 ku... hahahahahahha.... jauhhhhh aku mengelamun... padahal anak2 ku semuanya masih kecil... heheheheheh... bah, dalam entri kali ni aku mau kongsikan ahli lembaga pengarah dalam family besar Usman & Lisa... JOm KEnalan... :)





semoga bertemu lagi dientri seterusnya...


Salam Hormat dariku 
si GreenSateen

:)