Translate

Wednesday, 4 May 2016

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ..

Entri Kali ini agak serius sedikit...heheheh...saya ingin berkongsi mengenai pengalaman menghadiri satu latihan pembangunan karakter yang dikenali sebagai ESQ Character Building Training Series yang telah saya hadiri pada 23-25 April 2016 yang lalu.


Pertama kali saya dengar perkataan ESQ ialah ketika saya mengikuti Bengkel Online Marketing (BOM) anjuran Tyra Wholesale, yang merupakan Pengeluar Jubah No 1 Malaysia. Oh ya!untuk makluman, saya adalah salah seorang Tyraclan :) Ejen yang memasarkan Jubah2 keluaran Tyra Wholesale. Nak tak saya kongsikan pic jubah2 keluaran Tyra Wholesale? Jubah yang lawa2 & Wudhu Friendly serta Nursing friendly tau ! hahahah... Just Joking :) Ok..back to my sharing...Selepas Latihan BOM pada bulan Mac yang lalu, CEO Tyra, iaitu Puan Nurul, mengajak para Tyraclan untuk mengikuti Training ESQ. Saya terpanggil untuk mengikuti training ini kerana saya memang jenis yang gemar mempelajari sesuatu yang baru. Lagipula saya masih memegang kuat Cogan Kata sekolah saya iaitu "Pelajaran itu Duniaku" . Wise man say "Never Stop Learning, Because Life Never Stop Teaching!". Disebabkan prinsip inilah lah saya masih dan terus akan melibatkan diri dalam perkara2 baru selagi mana ia masih memberi manfaat kepada saya dan juga orang di sekeliling saya. Dipendekkan ceritaaa.... saya pun bersetuju untuk mendaftarkan diri untuk training tersebut... yang paling istimewa, penyertaan saya kali ini adalah bersamaan dengan ulangtahun ESQ Malaysia yang ke 10... Jadi, saya berpeluang untuk mendapat 50% diskaun untuk yuran penyertaan... hehehe Syukur alhamdulillah...dah Rezeki saya menjadi sebahagian daripada ESQ Malaysia Angkatan 94... :)



Tag Nama kami :)

Mulanya saya fikirkan ESQ ini adalah satu training yang melatih para usahawan untuk menjadi lebih mahir dalam berniaga dan, saya FIKIR training ESQ ini berbentuk teknikal seperti business - marketing strategy sebagaimana kursus yang biasa saya hadiri sebelum ini. Namun, sangkaan saya ternyata salah! Saya sama sekali tidak menyangka bahawa ia LEBIH dari apa yang saya harapkan!!! SubhanAllah, sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Saya percaya bahawa setiap apa yang berlaku adalah atas kehendakNya. Oleh itu, keterlibatan saya dalam ESQ Training itu juga adalah atas kehendak dan IzinNya. Pendek kata, ketika menghadiri ESQ, saya telah menghadirinya dengan hati yang terbuka tanpa sebarang tanggapan atau persepsi. Yang saya tahu, saya bersedia untuk belajar!!! Jika ketika mengikuti BOM tempoh hari saya hanya berseorangan, tetapi untuk ESQ, hati saya tergerak untuk mengajak suami saya untuk turut serta menghadirinya. Walaupun ketika itu, saya tidak tahu ESQ itu apa...

Apa itu ESQ? ESQ adalah singkatan daripada perkataan Emotional and Spiritual Quotient. Ia merupakan satu Model Pengurusan Modal Insan yang mengetengahkan konsep pemikiran baru dalam usaha untuk membangunkan kecerdasan emosi (EQ) dan spiritual (SQ) individu melalui ESQ Way 165 ModelModel "ESQ Way 165" ini telah dibangunkan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian. Beliau merupakan mantan tenaga pengajar di Maktab Perguruan Bali dan kini lebih dikenali sebagai seorang motivator dan juga seorang usahawan yang berjaya di Indonesia. Menurut Dr Ary dalam bukunya ESQ- The ESQ Way 165, Model ESQ ini berfungsi sebagai Spiritual Engineering yang bertindak sebagai mekanisma penggabungan tiga (3) kecerdasan manusia iaitu Kecerdasan Intelektual (IQ), Kecerdasan Emosi (EQ) dan Kecerdasan Spiritual (SQ) berlandaskan 5 Rukun Islam, 6 Rukun Iman dan 1 Ihsan (Fitrah) sebagai usaha untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. 



( Gambar ini dimuat naik daripada carian Google)       
                                                               
Melalui ESQ Character Building Training ini, kami telah diajar bagaimana untuk membentuk/membangun karakter seseorang individu dengan mengupas persoalan mengenai diri sendiri; Siapa Saya? Di mana saya dan ke mana destinasi saya selepas kehidupan? Apa tujuan dan matlamat saya diciptakan? Sungguh saya tidak sedar yang selama ini saya terlalu sibuk mengejar cita2 & impian tanpa menyedari bahawa semua tingkah laku dan usaha2 saya selama ini seharusnya menjurus kepada matlamat hidup yang sebenar. Dalam erti kata lain, apa jua yang kita lakukan dalam menggapai impian kita di dunia ini seharusnya adalah sebagai pengabdian kepada Allah. Matlamat sebenar bukan untuk sekadar berjaya di dunia tetapi juga sebagai bekal untuk kejayaan di akhirat kelak. Justeru, dalam melaksanakan kehidupan harian, seharusnya lah kita sentiasa mengingati semuanya kerana Allah semata2... kerana kepada Allah lah destinasi kita yang abadi.

Trainer ESQ training mungkin bukan para ustaz & ustazah, tetapi melihat dari latar belakang pendidikan mereka, ada di kalangan mereka yang mempunyai Ijazah Pengajian Al-Quran. Tidak hairanlah mereka boleh menyampaikan bacaan dan tafsiran surah2 Al-Quran dengan penuh penghayatan. Bagi saya, mereka adalah motivator Islam yang telah berjaya menyampaikan motivasi menggunakan pendekatan agama sebagai intipati program latihan. Program2 motivasi sebegini amat jarang dilakukan. Melalui ESQ Training ini, saya berpeluang memahami dan membuka matahati saya untuk lebih memahami kejadian alam semesta, perkaitannya dengan apa yang telah disampaikan melalui Al-Quran serta perkaitannya dengan ilmu sains yang telah dipelajari sejak di bangku sekolah lagi. Di sekolah, saya belajar ilmu sains secara berasingan dengan kelas agama. Oleh itu, ia seolah2 terasing dan saya sendiri tidak ingat jika di sekolah saya ada diajar mengenai perkaitan teori Big Bang dengan apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w berdasarkan Al-Quran. 

Mungkin ada orang yang tidak dapat menerima kaedah atau cara penyampaian para trainer ESQ ini yang meminta agar semua peserta menutup mata, menghayati & merasakan apa yang disampaikan, dengan pekikan suara dan bunyi muzik yang kuat sambil diringi dengan suara tangisan para peserta. Namun bagi saya sendiri, ia sangat2 berkesan jika kita benar2 ikhlas, fokus dan cuba memahami mesej yang ingin disampaikan untuk manfaat bersama. Saya tidak begitu pandai untuk menjelaskan dengan kata2 akan kelebihan ESQ Training ini kerana bagi saya ia merupakan satu pengalaman peribadi dan penghayatannya juga berbentuk peribadi. Hanya yang pernah mengikuti latihan ini (tanpa perasaan dan tanggapan biased) akan faham apa yang ingin saya sampaikan. 

Apapun, saya amat yakin dan percaya bahawa keyakinan saya dan kesedaran saya terhadap kekuasaan Allah s.w.t bukanlah disebabkan oleh para tenaga pelatih ESQ tersebut, tetapi semuanya dari Allah Yang Maha Kuasa yang telah membuka mata hati saya, yang telah membawa saya ke program latihan tersebut, serta memberikan kekuatan kepada saya untuk mengikuti program tersebut dengan fokus. Semoga apa jua yang saya pelajari di ESQ Training itu akan menjadi sesuatu yang bermanfaat buat diri saya ,keluarga serta sahabat2 saya. 



Suami saya di hari ke2- ESQ Training
Yeahhh saya & suami dengan rasminya telah menjadi Alumni ESQ Angkatan ke 94

    
Bersama Dr Ary Ginanjar Agustian , Pengasas ESQ Way 165 Model, Puan Nurul CEO 
Tyra Wholesale




Jika diizinkanNya, saya dan suami akan mengikuti ESQ Training untuk level 2,3 & 4 yang dijadualkan dalam tahun ini juga. InsyaAllah... 
sekian dulu dari saya si
GREENSATEEN
              


WASSALAM... 

 

Friday, 22 April 2016

Halluuuu!!!


Bertemu lagi kita di blog GreenSateen yang ku rindui ini :)

Salam Jumaat yang penuh berkat. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan Rahmat yang Maha Esa. Aamiin...


Hari ini 22 April 2016. Genaplah usia Muhammad Azfar Rizqi; 1 tahun 2 hari. Sepanjang 12 bulan membesarkannya aku telah diuji dengan bermacam2 ujian. Dalam tempoh itu, baby Azfar yang comel dan sihat ini telah dimasukkan ke hospital sebanyak 2 kali. Apapun, kini baby telah kembali sihat, hensom dan cergas mengalahkan kakak Miminya :)
AKu doakan semoga baby sentiasa cergas, cerdas dan menjadi anak soleh yang berbakti kepada kedua ibubapa, family serta masyarakat diluar sana... InsyaAllah aamiin...

Jom kita lihat picture collage baby Azfar yang comel hensom kesayangan hamba ini...(hahahaha memuji anak sendiri...jgn marah ah... )...heheheh taraaaa.... haaaa...tengok tu kami makan besar sempena merayakan hari ulangtahun baby Azfar... ehhhh, macam kami pula yang berlebih... Azfar rilek ja pun...hahahahaha







Melihat baby secomel Azfar sudah cukup membuat naluri keibuan ku semakin menebal. kalau diikutkan hati, mau ja ku bersalin seramai yang boleh. hahahahahaha... Tapi apakan daya, mempunyai anak bukan sekadar untuk suka2 kan? ada tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul. Setiap anak ada rezeki yang dicatatkan buat mereka. Namun, sebagai ibubapa menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan keperluan yang mencukupi buat mereka. Mempunyai enam (6) orang anak sesuatu kurniaan yang sangat hebat yang pernah ku rasakan. Alhamdulillah syukur ku panjatkan kepada Allah yang Maha Esa kerana memberi aku peluang merasa perit jerih (tetapi tetap indah) melahirkan keenam2 anakku. Alhamdulillah kesemuanya ku lahirkan secara normal. Walaupun ketika melahirkan anak ke 5 (Syamimi) dalam keadaan songsang (kaki baby keluar dulu), aku tetap bersyukur kerana aku masih dapat melahirkannya secara normal. Allahuakbar!!! Semoga anak2ku akan menjadi anak2 yang soleh & solehah yang akan dapat memberi syafaat kepada ku & suami diakhir waktu kelak...InsyaAllah...aamiin...

Dengan adanya Azfar, keluarga kami semakin berkembang dan berkembang. Bermacam2 terbayang dalam fikiranku sekarang. Bagai manalah nanti jika kesemua mereka sudah memiliki keluarga masing2? wahhhhh meriahhh bukan... apatah lagi dengan kehadiran cucu2 ku... hahahahahahha.... jauhhhhh aku mengelamun... padahal anak2 ku semuanya masih kecil... heheheheheh... bah, dalam entri kali ni aku mau kongsikan ahli lembaga pengarah dalam family besar Usman & Lisa... JOm KEnalan... :)





semoga bertemu lagi dientri seterusnya...


Salam Hormat dariku 
si GreenSateen

:)









Sunday, 25 October 2015

I'm BACK!!! Finally... :)

Assalamualaikum People!!! Oh My...Its 2015 already! Its October 25th,2015 to be exact...

Betapa padatnya perjalanan hidupku hingga  terlupa akan kewujudan blog ini. OH NO!!! Sebelum entri ini disediakan, blog my Green2 grass of home ini hanya mempunyai 1 entri sejak kemunculannya pada bulan February 2013!!! hehehehe.... ternyata kesibukan betul2 melanda diriku.


Ok, since its been 2 years since I temporary left this blog unattended, let me now recap what have been going on since then...



February 2014 - huhu...who would've thought...setahun kemudian...my 5th Child was born...heheheh...aku sendiripun x sangka... anyway, Namanya Khaira Syamimi... haaa ni picnya yang dah berumur setahun lebih. Comeyyy tak Dik Tonnnn.... =)



November 2014 tanpa diduga akhirnya aku berjaya merealisasikan impian untuk membuka butik pakaian. Alhamdulillah atas IzinNya... semuanya menjadi nyata... sehari selepas birthdayku yang ke 35 tahun... butik Hijab Houzz dirasmikan. Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ybgh Datin Hjh. Junaidah Aji, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Daerah Sandakan yang sudi merasmikan butik sulungku ini...


Tidak lupa kepada suami, anak2, family, rakan2 dan customer2 yang telah datang beramai2 memberi support pada perniagaanku ini... I truly appreciate it. LOVE YOU ALL!!!





Disember 2014 -  Syukur Alhamdulillah akhirnya doa2ku dimakbulkan oleh  Allah s.w.t apabila aku berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci bersama suami tercinta. SUNGGUH keajaiban ini benar2 berlaku pada diriku. Segalanya berlaku dengan begitu pantas... begitu dipermudahkan. Jika Allah mengizinkan... maka jadilah... Syukur kupanjatkan atas nikmat yang dipinjamkan ini.  SUNGGUH besar RAHMATMU ya Allah...





April 2015 -  hehehehe...sekali lagi aku dikurniakan permata hati penyeri hidup kami sekeluarga. Namanya Muhammad Azfar Rizqi. Namanya diambil sebagai tanda  kesyukuran dan ingatan terhadap rezeki yang dikurniakan kepada kami sekeluarga sepanjang mengandungkannya. Hidup kami juga seperti orang lain, ada pasang surutnya...ibarat roda...kadang di atas kadang di bawah. Walau sedikit mana pun rezeki yang diterima, namun nikmat yang dirasai sangatlah besar...Alhamdulillah... ok... meh sini..kita belanja pic baby sekeping - dua... Taraaaaa.... ensomboy tak????hihihihihihi saat entri ini ditulis, baby Azfar baru saja melewati usia 6 bulan... :)



Mei 2015Genaplah  ulang tahun perkahwinan kami yang ke - 10 tahun. 13 tahun perkenalan. Banyak suka duka yang ditempuhi bersama. Terima kasih atas doa family, sahabat yang jauh & dekat bermula dari hari kami bernikah hingga ke hari ini. Semoga keluarga ku ini akan sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t. Doa kami juga sentiasa ada untuk anda semua. InsyaAllah, Aamiin...



Haaaa... itulah sebahagian daripada peristiwa2 yang berlaku sepanjang 2 tahun ini. InsyaAllah jika diizinkanNya, akan adalah entri2 yang seterusnya... heheheheh... Ok semua... see you in my next entryyyy ya!!! TUNGGU.......

Wassalam....





Tuesday, 12 February 2013

Sharing is Caring... is it?

Assalamualaikum & a very good day to all!

Di pagi yg sunyi sepi ni, saya terpanggil untuk menulis mengenai perkara yang sekian lama saya impikan.Saban hari saya tertanya2 pada diri sendiri apakah yang saya paling gemari dan apakah yang saya ingin lakukan sepanjang hidup ini?

I love reading.. tak kisahlah jenis bahan bacaan apa sekalipun. majalah, newspaper,buku, apa saja asalkan topik atau isu berkenaan menarik minat saya. (asal jgn novel sudah lah....tak minat.hehehe..apa lagi yg jiwang cintan-cintun. not my cup of tea). Topik bacaan saya tak lah seberat mana. Memadailah yg dpt buat saya berfikir, dpt menambah pengetahuan mengenai isu2 rumahtangga, persahabatan, petua2 kehidupan, dan tidak lupa juga topik2 berkaitan agama. Peliknya, setiap cerita/kisah yg saya baca, saya mesti nak kongsi dgn org2 yg saya sayangi spt teman2 dan family. Terasa seronok sgt bila dpt berkongsi sesuatu utk pengetahuan bersama... bak kata org ramai " Sharing is Caring"... :)

Zaman yg semakin maju ni lagi mudah utk kita mendapat ilmu pengetahuan. KLIK jak terus dpt link yg berkaitan... you tube, facebook,twitter...semua ada.tak cukup dgn itu... klu yg suka bergambar2 tu...ha...INSTAGRAM pun ada... I like INSTAGRAM...kisah di sebalik gambar....bak lirik dlm petikan sebuah lagu "tak perlu kata apa-apa...." hahaha....

emmmm dgn adanya blog ni, mudahlah utk saya berkongsi cerita/pendapat/isu dgn para pencinta alam maya di luar sana... happy blogging!!!