ASSALAMUALAIKUM W.B.T ..
Entri Kali ini agak serius sedikit...heheheh...saya ingin berkongsi mengenai pengalaman menghadiri satu latihan pembangunan karakter yang dikenali sebagai ESQ Character Building Training Series yang telah saya hadiri pada 23-25 April 2016 yang lalu.
Pertama kali saya dengar perkataan ESQ ialah ketika saya mengikuti Bengkel Online Marketing (BOM) anjuran Tyra Wholesale, yang merupakan Pengeluar Jubah No 1 Malaysia. Oh ya!untuk makluman, saya adalah salah seorang Tyraclan :) Ejen yang memasarkan Jubah2 keluaran Tyra Wholesale. Nak tak saya kongsikan pic jubah2 keluaran Tyra Wholesale? Jubah yang lawa2 & Wudhu Friendly serta Nursing friendly tau ! hahahah... Just Joking :) Ok..back to my sharing...Selepas Latihan BOM pada bulan Mac yang lalu, CEO Tyra, iaitu Puan Nurul, mengajak para Tyraclan untuk mengikuti Training ESQ. Saya terpanggil untuk mengikuti training ini kerana saya memang jenis yang gemar mempelajari sesuatu yang baru. Lagipula saya masih memegang kuat Cogan Kata sekolah saya iaitu "Pelajaran itu Duniaku" . Wise man say "Never Stop Learning, Because Life Never Stop Teaching!". Disebabkan prinsip inilah lah saya masih dan terus akan melibatkan diri dalam perkara2 baru selagi mana ia masih memberi manfaat kepada saya dan juga orang di sekeliling saya. Dipendekkan ceritaaa.... saya pun bersetuju untuk mendaftarkan diri untuk training tersebut... yang paling istimewa, penyertaan saya kali ini adalah bersamaan dengan ulangtahun ESQ Malaysia yang ke 10... Jadi, saya berpeluang untuk mendapat 50% diskaun untuk yuran penyertaan... hehehe Syukur alhamdulillah...dah Rezeki saya menjadi sebahagian daripada ESQ Malaysia Angkatan 94... :)
![]() |
| Tag Nama kami :) |
Mulanya saya fikirkan ESQ ini adalah satu training yang melatih para usahawan untuk menjadi lebih mahir dalam berniaga dan, saya FIKIR training ESQ ini berbentuk teknikal seperti business - marketing strategy sebagaimana kursus yang biasa saya hadiri sebelum ini. Namun, sangkaan saya ternyata salah! Saya sama sekali tidak menyangka bahawa ia LEBIH dari apa yang saya harapkan!!! SubhanAllah, sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Saya percaya bahawa setiap apa yang berlaku adalah atas kehendakNya. Oleh itu, keterlibatan saya dalam ESQ Training itu juga adalah atas kehendak dan IzinNya. Pendek kata, ketika menghadiri ESQ, saya telah menghadirinya dengan hati yang terbuka tanpa sebarang tanggapan atau persepsi. Yang saya tahu, saya bersedia untuk belajar!!! Jika ketika mengikuti BOM tempoh hari saya hanya berseorangan, tetapi untuk ESQ, hati saya tergerak untuk mengajak suami saya untuk turut serta menghadirinya. Walaupun ketika itu, saya tidak tahu ESQ itu apa...
![]() |
| ( Gambar ini dimuat naik daripada carian Google) |
Melalui ESQ Character Building Training ini, kami telah diajar bagaimana untuk membentuk/membangun karakter seseorang individu dengan mengupas persoalan mengenai diri sendiri; Siapa Saya? Di mana saya dan ke mana destinasi saya selepas kehidupan? Apa tujuan dan matlamat saya diciptakan? Sungguh saya tidak sedar yang selama ini saya terlalu sibuk mengejar cita2 & impian tanpa menyedari bahawa semua tingkah laku dan usaha2 saya selama ini seharusnya menjurus kepada matlamat hidup yang sebenar. Dalam erti kata lain, apa jua yang kita lakukan dalam menggapai impian kita di dunia ini seharusnya adalah sebagai pengabdian kepada Allah. Matlamat sebenar bukan untuk sekadar berjaya di dunia tetapi juga sebagai bekal untuk kejayaan di akhirat kelak. Justeru, dalam melaksanakan kehidupan harian, seharusnya lah kita sentiasa mengingati semuanya kerana Allah semata2... kerana kepada Allah lah destinasi kita yang abadi.
Mungkin ada orang yang tidak dapat menerima kaedah atau cara penyampaian para trainer ESQ ini yang meminta agar semua peserta menutup mata, menghayati & merasakan apa yang disampaikan, dengan pekikan suara dan bunyi muzik yang kuat sambil diringi dengan suara tangisan para peserta. Namun bagi saya sendiri, ia sangat2 berkesan jika kita benar2 ikhlas, fokus dan cuba memahami mesej yang ingin disampaikan untuk manfaat bersama. Saya tidak begitu pandai untuk menjelaskan dengan kata2 akan kelebihan ESQ Training ini kerana bagi saya ia merupakan satu pengalaman peribadi dan penghayatannya juga berbentuk peribadi. Hanya yang pernah mengikuti latihan ini (tanpa perasaan dan tanggapan biased) akan faham apa yang ingin saya sampaikan.
Apapun, saya amat yakin dan percaya bahawa keyakinan saya dan kesedaran saya terhadap kekuasaan Allah s.w.t bukanlah disebabkan oleh para tenaga pelatih ESQ tersebut, tetapi semuanya dari Allah Yang Maha Kuasa yang telah membuka mata hati saya, yang telah membawa saya ke program latihan tersebut, serta memberikan kekuatan kepada saya untuk mengikuti program tersebut dengan fokus. Semoga apa jua yang saya pelajari di ESQ Training itu akan menjadi sesuatu yang bermanfaat buat diri saya ,keluarga serta sahabat2 saya.
![]() |
| Suami saya di hari ke2- ESQ Training |
![]() |
| Yeahhh saya & suami dengan rasminya telah menjadi Alumni ESQ Angkatan ke 94 |






No comments:
Post a Comment